Saturday, March 5, 2011

Adun Umno NS didapati bersalah terima rasuah

  NEGERI SEMBILAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendapati ADUN Barisan Nasional itu bersalah terhadap dua tuduhan menerima suapan daripada M Manimaran untuk tujuan itu, lapor  Berita Harian Online hari ini.
Dia didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Anti-Rasuah 1997, menerima wang suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008 dan boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

 Sumber :Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8026

Tak takut azab neraka? tanya Azwan kepada Ummi Hafilda


KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Penduduk Kerdau mahu tanah bukan wang


TEMERLOH, 4 Mac:  Penduduk Kerdau mendesak Kerajaan tidak sahaja mencurahkan projek segera dan pemberian wang tunai dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau ini tetapi hendaklah memberi sesuatu yang menjamin masa depan generasi muda di sini.

Beberapa orang pemuda yang ditemui berkata,  mereka mahu kerajaan memberikan tanah untuk dibangunkan bagi sumber pendapatan dan kediaman supaya dapat membina keluarga dengan lebih baik.

Ibrahim Husin, 43, dari Kampung Ketam dekat sini, berkata 80 peratus kawasan dalam Dun Kerdau adalah merupakan kawasan pertanian dan sebahagian besar sumber pendapatan penduduknya dengan pertanian.

Peneroka jangan tertipu bayaran balik wang SES

 
TEMERLOH, 5 Mac: Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat.
Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat bahawa peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun skim tersebut adalah tidak adil.
Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka.
"Anak menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13000 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini.

Thursday, March 3, 2011

Melayu Felda tak kisah Pahang bankrap


M Faqih   
SEORANG rakan seperti yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi di Kerdau dan Merlimau. Alasannya kerana calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad seorang ustaz. Ilmu agamannya dianggap setaraf dengan pemimpin PAS.
Manakala calon BN di Merlimau, Roslan Ahmad mempunyai keluarga besar dan dikenali ramai. Tanpa mengambil kira banyak isu yang membelit di kaki Umno dan Perdana Menteri, rakan tadi mempertahankan hujahnya.
Katanya, apa isu sekali pun dibangkit PAS dan Pakatan, orang Melayu Felda akan buat seperti pekak badak sahaja.
Mereka tidak kisah terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai hutang kerajaan BN Pahang sebanyak RM2.17 bilion. Mereka persyaitan Pahang mengalami defisit belanjawan 13 tahun berturut-turut.
Apa yang mereka mahukan harga getah kekal lebih RM8 sekilogram sekarang. Harga sawit juga melonjak tinggi. Hari ini ada pekebun yang mendapat RM10,000 sebulan.

6 tahun dengan Felda, hutang RM85 ribu

TEMERLOH, 3 Mac: Seorang peneroka terpaksa menanggung hutang lebih RM85 ribu selepas enam tahun menguruskan ladang tanaman mereka bersama Felda.

Hutang yang begitu besar dalam tempoh singkat itu didakwa akibat menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda yang dikendalikan anak syarikatnya Techno Plant sdn Bhd.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada sidang media PAS di markas induk PRK Kerdau di sini.

Kerdau: Masa untuk sedarkan pemimpin Umno


TEMERLOH, 3 Mac: Sesudah sampai di Kerdau, setiap orang akan merasa bahawa Umno dan BN seharusnya berasa malu dan segan. Apa tidaknya, bagaimana mungkin sebuah bandar kecil dengan jumlah 4,000 ahli Umno dibiarkan dalam keadaan yang menyedihkan sebegini selama 53 tahun?

Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir


TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

ANAK kesal dilabel 'haram jadah'

Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) kesal ceramah sulungnya dalam kempen pilihan raya kecil Kerdau disambut sekumpulan belia yang didakwa mempamerkan kain rentang menyifat NGO pro-PAS itu sebagai "haram jadah" dan bukan "anak soleh".

Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?


Sejak beberapa hari lalu saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza antara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Peugeot milik Presiden Iran dibeli RM7.5 juta

KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin.

TEHERAN - Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran.
Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.

Wednesday, March 2, 2011

Bekas Adun Kerdau kata calon PAS boleh menang

TEMERLOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Tuan Haji Mohd Saludin Omar, 77, berkata calon PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau pada 6 Mac ini jika tidak ada sogokan wang dan ugutan.

Beliau yang mewakili BN dari tahun 1974 hingga 1982, berkata beliau sendiri dapat merasakan gelombang perubahan itu setelah beberapa hari membuat kajiannya sendiri.

“Saya mempunyai keluarga yang ramai di sini dari Desa Murni hinggalah ke Jenderak sampai seberang sungai dan ‘round’ rata jumpa mereka sempena PRK Kerdau ini.

Panas: Tamparan Cukup Hebat Buat UMNO BN Di Kerdau, Pengasas Serta 'Bekas Ketua UMNO' Felda Jengka 25 Bertindak Keluar UMNO Dan Sertai PAS

KERDAU, 2 Mac [1.45 pm] - UMNO Barisan Nasional menerima tamparan cukup hebat apabila bekas Ketua UMNO Cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif (foto), 51, dekat sini mengisytiharkan keluar parti itu malam tadi. Beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan politik Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang cuba memperbodohkan warga peneroka dalam isu potongan bayaran balik bantuan tanaman semula (SES). Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru Najib dengan bangganya memberi tiga pilihan kepada peneroka berhubung dengan isu itu.

Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.
Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Tilam, bantal laris sempena p'raya kecil Kerdau


"Tilam...tilam, bantal...bantal". Begitulah teriakan dua anak muda tanpa jemu berdiri di bawah terik matahari kepada orang ramai yang lalu lalang di jalan Kerdau-Jerantut di Temerloh.

Usia muda mereka juga digunakan sebaik mungkin dengan gigih berniaga mengambil kesempatan menambah pendapatan sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Pilihan raya kecil (PRK) itu bukan sahaja memberikan durian runtuh kepada pemilik-pemilik rumah sewa di sekitar DUN Kerdau, bahkan tempiasnya turut dirasai golongan peniaga sama ada makanan, pakaian mahupun kelengkapan tidur.

Kerdau: Perang risalah tak setenang di permukaan

NONESetenang-tenang air di lautan, jangan disangka tiada buaya.

Begitulah boleh diibaratkan tentang keadaan kempen dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau yang sudah masuk hari keempat.

Walaupun sekali imbas, kempen kedua-dua calon bertanding - Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS - nampak tidak terlalu agresif, perkara sebaliknya berlaku dalam perang psikologi sesama mereka.

PAS dakwa Felda Plantation organisasi haram...

Penampilan pertama kali NGO PAS dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau - Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - menggemparkan apabila mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan hanya oleh individu dan koperasi sahaja.

Tuesday, March 1, 2011

PKR dakwa BN ciplak Buku Jingga Pakatan

NONEPKR mendakwa pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka Felda, menunjukkan BN menciplak dasar-dasar dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

"Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga," kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," tambahnya dalam satu kenyataan.

Najib lulus RM10 juta bagi pembangunan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Ada Masalah, Jom Kita Mengadu Pada Bik Mama...

Oleh: wfauzdin_ns

" LAKI bini bongkak dan sombong. Sebelum ini ramai yang mengatakan sememangnya Bik Mama Rosmah lebih berkuasa dari Najib.

Rosmah sewaktu melawat sekitar Felda di kawasan Dun Kerdau, beliau menyeru agar pengundi mengundi calon Bn. Untuk menunjukkan hebatnya dia seolah-olah dia Menteri atau lebih dari itu, beliau berkata, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya. (Petikan dari Malaysiakini).

Sekolah agama Kerdau terbiar, penduduk miskin

TEMERLOH, 1 Mac: Selepas membawa media meninjau pekan Kerdau, stesen keretapi dan projek kuarters polis terbengkalai kelmarin, semalam wakil-wakil media dibawa ke dua lagi lokasi  lain yang membuktikan kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak lekang dengan isu kemiskinan dan kemunduran.
Sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, pemimpin Umno mendakwa daerah itu tidak pernah diabaikan malah Presiden Umno sendiri bertegas tiada isu kemiskinan di Kerdau.
Wakil PAS membawa pihak media ke lokasi sebuah sekolah menengah agama di tepi jalan utama Temerloh-Jerantut berdekatan Simpang Empat Kerdau (gambar).
Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau merupakan satu-satunya sekolah aliran agama di sini dan telah beroperasi sejak tahun 60-an lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...