Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN. Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.
“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.
Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.
Sumber :Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8033
Tak takut azab neraka? tanya Azwan kepada Ummi Hafilda
No comments:
Post a Comment