Thursday, March 3, 2011
Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir
TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.
Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?
Sejak beberapa hari lalu saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza antara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.
Peugeot milik Presiden Iran dibeli RM7.5 juta
KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin. TEHERAN - Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran.
Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.
Wednesday, March 2, 2011
Bekas Adun Kerdau kata calon PAS boleh menang
Beliau yang mewakili BN dari tahun 1974 hingga 1982, berkata beliau sendiri dapat merasakan gelombang perubahan itu setelah beberapa hari membuat kajiannya sendiri.
“Saya mempunyai keluarga yang ramai di sini dari Desa Murni hinggalah ke Jenderak sampai seberang sungai dan ‘round’ rata jumpa mereka sempena PRK Kerdau ini.
Panas: Tamparan Cukup Hebat Buat UMNO BN Di Kerdau, Pengasas Serta 'Bekas Ketua UMNO' Felda Jengka 25 Bertindak Keluar UMNO Dan Sertai PAS

KERDAU, 2 Mac [1.45 pm] - UMNO Barisan Nasional menerima tamparan cukup hebat apabila bekas Ketua UMNO Cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif (foto), 51, dekat sini mengisytiharkan keluar parti itu malam tadi. Beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan politik Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang cuba memperbodohkan warga peneroka dalam isu potongan bayaran balik bantuan tanaman semula (SES). Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru Najib dengan bangganya memberi tiga pilihan kepada peneroka berhubung dengan isu itu.
Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula
| KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat. Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik. Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau. |
Subscribe to:
Posts (Atom)



