Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Peduli apa kalau Melayu tidak mahu sokong PAS?

PELIK juga aku bila ada yang risau bila mana orang-orang Melayu tidak lagi menyokong PAS. Persetankan Melayu yang tidak mahu kepada PAS, kerana PAS bukan mahu orang-orang Melayu di dalam memperkuatkan Islam. PAS mahukan orang-orang Islam yang boleh berjuang bersama dengannya untuk menegakkan Islam di negara ini.

Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS itu sudah cukup baik. Bahkan, jika Presiden PAS pun dipilih dari kaum Cina Islam yang cukup syaratnya, apa masalah? Biarlah Melayu dengan Umnonya beserta sekutu Apconya itu.

Friday, February 18, 2011

PAS PKR BEREBUT DUN KERDAU?



Sepatutnya Kerdau ini kerusi Pas! Jadi biarlah saya yang bertanding, 
dah lama saya nak jadi yang berhormat ni, hehe....


Dato' Fauzi menyerahkan 'watikah' pencalonan kepada Hj. Suhaimi ?



Menurut sumber, kerusi N28 DUN Kerdau sedang menjadi rebutan antara Pas dan PKR. Pas merasakan DUN Kerdau adalah milik mereka berdasarkan pembahagian kerusi dalam PRU lalu. Walaupun calon mereka telah kalau dalam PRU lalu namum mereka masih merasakan kerusi berkenaan adalah hak mereka.

Bagaimanapun, disatu pihak lagi merasakan bahawa kali ini Pas sepatutnya beralah kepada PKR sekiranya PKR akan mencalonkan Hj. Suhaimi Said memandangkan peluang untuk menang adalah lebih besar. Ini berdasarkan hubungan intimnya dengan masyarakat setempat termasuk masyarakat Felda dan Orang Asal.

Selain itu, Pas sepatutnya beralah memandangkan sejak kebelakangan ini (PRK Galas, Tenang) mereka gagal menunjukkan persembahan yang baik dan gagal meraih lebih undi. Malahan undi golongan muda nampak semakin berkurangan. Atas alasan inilah Pas wajar memberikan peluang kepada PKR yang akan menurunkan calonnya yang berwibawa.

Hj. Suhaimi Said, selain Pengurusi PKR Cabang Kuala Krau, beliau juga adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat. Satu jawatan yang membanggakan warga Felda dan Orang Asal dalam DUN Kerdau ini. Tidak memberikan peluang kepada Hj Suhaimi bolehlah diibaratkan sebagai sabotaj dan tindakan menikam dari belakang antara Pakatan Pembangkang.

Dari rungutan masyarakat setempat, pemimpin atasan diminta supaya lebih bertimbangrasa dan mendengar suara serta hasrat sebenar rakyat yang inginkan Hj. Suhaimi dicalonkan. Pas dan PKR juga diseru supaya menyelesaikan pertelingkahan mengenai calon itu dengan cara dan semangat muhibbah.
 

PRK DUN Kerdau dan Merlimau diadakan serentak 6 Mac ini

Kuching 18 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.
Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.
Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - utusan

Yakin BN akan tumpu di Felda



TEMERLOH – Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan memberi tumpuan beberapa isu yang dihadapi pengundi di empat tanah rancangan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Pahang, Roslan Zainal berkat:a, jangkaan itu berdasarkan lebih separuh pengundi DUN Kerdau bermastautin di situ.

Menurutnya, BN akan cuba meraih undi daripada peneroka di Felda Jengka 22, 23 dan 25 serta Felcra Rumpun Makmur pada PRK kali ini dalam usaha mendapat kemenangan.

“Namun Pas ada jentera yang lebih baik untuk bergerak dengan mengaitkan beberapa isu berkaitan bagi menarik sokongan peneroka di kawasan terbabit.

Thursday, February 17, 2011

Anwar Ibrahim di Mentakab, Kerdau Ahad ini


TEMERLOH, 16 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan berceramah di sini 20 Februari.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid jamuan makan malam bagi mengutip dana pilihan raya itu akan diadakan di Dewan Taman Rimba, Mentakab bermula jam 7.30 malam.

“Selain Anwar pimpinan lain yang dijangka hadir ialah (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tian Chua, Datuk Chua Jui Meng dan Leong Ngah Ngah.

“Bagi tujuan mengumpul dana PKR menyediakan kupon-kupon berharga RM40 dan meja-meja VVIP yang berharga RM2,000 dan RM1,000,” katanya kepada media di pejabatnya.

Ahmad Nizam yang juga Ketua Cabang PKR Temerloh berkata, selepas majlis tersebut Anwar dan semua pimpinan dijadualkan berceramah di tapak kompleks PAS Pahang, Kerdau.

“Di Kerdau Anwar dan yang lain akan memberi taklimat isu semasa dan pilihan raya. Walau bagaimanapun program ini tidak ada kena mengena dengan kempen awal untuk pilihan raya kecil (PRK) Kerdau kerana telah dirancang sejak Januari lalu,” tegasnya.

Mengenai PRK Kerdau, Ahmad Nizam berjanji PKR Pahang akan memberikan komitmen 100 peratus dengan mengerahkan seluruh kekuatan


SUMBER :Harakahdaily

KERDAU : UMNO Pilih Siapa Sebagai Calon..?

azlanSebaik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau diisytiharkan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, Sabtu lepas, gendang pilihan raya sudah mula dipalu meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil berkenaan.

Jentera pilihan raya BN dan PAS mula bergerak dan soal siapa calonnya menjadi tajuk perbincangan di semua peringkat di kawasan DUN itu.

DUN Kerdau terletak di kawasan parlimen Kuala Krau, dua lagi DUN ialah Jenderak dan Jengka.

Mesyuarat khas bahagian Umno Kuala Krau turut diadakan pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, semua 28 cawangan Umno di bahagian berkenaan telah diarah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil itu nanti.

Krisis Umno Pahang semakin panas


TEMERLOH: Apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai pergolakan Umno di Pahang semakin sengitdengan satu pendedahan terhadap Ketua Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakub.

Setelah tuduh menuduh diantara Adnan dengan seorang pimpinan Umno dinegeri itu yang dipercayai tercetus ekoran daripada krisis kepimpinan, suhu politik Umno Pahang semakin panas apabila penyelewengan melibatkan penjualan tanah turut didedahkan kepada umum.

Antaranya Seorang Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga bekas Setiausaha Umno Pahang, mendedahkan beberapa fakta terhadap Adnan yang beliau percaya tidak mampu dinafikan lagi malahan telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta-fakta tersebut di dalam cekera padat (CD).

Pilihanraya Kecil DUN Kerdau diumumkan Ahad ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di Kuching Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

Tiada PRK dua tahun sebelum PRU?

BELUM lagi sempat pilihan raya kecil (PRK) ke-15 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diadakan pada Mac 6 depan, satu lagi PRK sudah sedia menanti - PRK ke-16 bagi DUN Kerdau. Kemungkinan PRK ke-17 akan menyusul, sama-sama kita tunggu.
Realitinya pencapaian mengadakan 16 PRK dalam jangkamasa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) yang diadakan pada 8 Mac 2008 sepatutnya dicatitkan dalam Guinness Book of Records.
Apa yang berlaku memberi satu gambaran seolah-olah kita tidak ada kerja lain yang hendak dibuat atau ditumpukan. Rakyat juga telah merasa bosan dan muak dengan PRK kerana ia bukan sahaja satu pembazirkan wang rakyat malah rakyat juga tidak sukakan suasana yang kurang kondusif yang wujud setiap kali PRK diadakan.
Cukuplah sekadar dengan apa yang sedang dihidangkan oleh 'pemain-pemain' politik sekarang yang menggunakan apa sahaja kesempatan untuk berpolitik 365 hari x 24 jam sehari, satu perbuatan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.
Oleh sebab itu, Undang- Undang Pilihan Raya perlu disemak semula misalnya, PRK tidak akan diadakan jika berlaku kekosongan di kawasan Parlimen dan negeri atas apa jua sebab dua tahun selepas tarikh terakhir PRU diadakan.

WMRAMLI
Ulu Klang, Selangor

Sumber :Utusan Online

Pas Pahang senarai tujuh nama calon untuk DUN Kerdau

TEMERLOH 16 Feb. – Pas Pahang telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Mereka yang disenaraikan itu adalah anak tempatan berkelulusan dalam pelbagai bidang, antaranya bekas pensyarah, aktivis dan anggota biasa parti.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal berkata, mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.
"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas Pas Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, Pas tidak mempunyai masalah dalam memilih calon kerana ramai yang berkelayakan dan berkelulusan tinggi.
"Berdasarkan perkembangan politik semasa serta penambahan pengundi baru, Pas yakin akan dapat memenangi pilihan raya kecil itu nanti sekalipun kerusi DUN Kerdau merupakan kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN),” katanya.
Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. - Bernama

Serahkan kepada Perdana Menteri soal calon

KEMARIN, Perdana Menteri menziarahi jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia Sabtu lalu akibat serangan jantung.
Sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008, sejumlah 16 pilihan raya kecil diadakan dengan 13 daripadanya kerana kematian wakil rakyat. Ini termasuk yang bakal menyusul di Merlimau pada 6 Mac nanti dan Kerdau yang masih dalam pertimbangan tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bilangan 16 itu menyamai jumlah 16 pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke-7 dan tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-8 pada November 1990. Juga, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas Pilihan Raya Umum 1990 hingga menjelang Pilihan Raya Umum April 1995.

PRK Kerdau, Merlimau serentak?

WAJARKAH Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau di Melaka yang telah ditetapkan pada 6 Mac dan hari penamaan calonnya 26 Februari ini?
DUN Kerdau ialah siri PRK ke-16 manakala PRK DUN Merlimau ke-15 selepas PRK Tenang, Johor pada 30 Januari lalu.
Keputusan penetapan tarikh ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukannya selepas menerima notis kematian Allahyarham Zaharuddin secara rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussen.
Kemungkinan diadakan PRK serentak ini tidak mustahil memandangkan situasi atau senario politik semasa dan beberapa fakta turut menyokong ke arah itu. Fakta yang dianggap paling besar dan agak kontroversi jika ia dilewatkan ialah ura-ura Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan tamat tempohnya sebelum Julai depan disebut-sebut bakal diadakan pada April ini?

UMNO Kuala Krau bermesyuarat tentukan calon DUN Kerdau

TEMERLOH, 14 Feb. - UMNO Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ketuanya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang esok.
"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan UMNO Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti,” katanya. - Bernama

Kerdau: Kekosongan kerusi telah dimaklumkan kepada SPR

KUANTAN, 14 Feb. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.
Katanya, surat itu dihantar pukul 3 petang tadi sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi terbabit Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
“Kita telah terima sijil kematian tengah hari tadi daripada keluarga Allahyarham dan kita sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR,” katanya. - Bernama

UMNO Kuala Krau bermesyuarat tentukan calon DUN Kerdau

TEMERLOH, 14 Feb. - UMNO Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ketuanya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang esok.
"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan UMNO Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti,” katanya. - Bernama

Kekosongan kerusi: SPR dimaklum hari ini



TEMERLOH 13 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Kerdau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Beliau berkata, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
Katanya, pemakluman secara tidak rasmi telah diberitahu beliau
kepada pihak SPR semalam.
Sementara itu, Pengarah SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff berkata, Wan Mohamed Razali akan menyerahkan notis mengisytiharkan kekosongan kerusi itu kepada SPR esok.
Beliau berkata, selepas itu SPR mempunyai masa sehingga dua minggu untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil.
Zaharuddin, 64, dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 7.15 petang semalam.
Allahyarham menjadi wakil rakyat kawasan DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008.
Pada pilihan raya umum itu, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim
dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. – BERNAMA

BN akan cari pengganti Zaharuddin teruskan perjuangan

TEMERLOH 13 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.
Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli DUN (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
"Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di sini, hari ini.
Perdana Menteri turut menunaikan solat sunat jenazah di rumah Allahyarham di Kerdau.
Allahyarham dilaporkan terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) pada 7.15 petang semalam. – Bernama

ADUN Kerdau Meninggal Dunia


ADUN Kerdau meninggal

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang ini setelah terjatuh di dalam bilik air di rumahnya di Kerdau, dekat sini.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu dan jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...