Thursday, February 17, 2011

Tiada PRK dua tahun sebelum PRU?

BELUM lagi sempat pilihan raya kecil (PRK) ke-15 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diadakan pada Mac 6 depan, satu lagi PRK sudah sedia menanti - PRK ke-16 bagi DUN Kerdau. Kemungkinan PRK ke-17 akan menyusul, sama-sama kita tunggu.
Realitinya pencapaian mengadakan 16 PRK dalam jangkamasa tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) yang diadakan pada 8 Mac 2008 sepatutnya dicatitkan dalam Guinness Book of Records.
Apa yang berlaku memberi satu gambaran seolah-olah kita tidak ada kerja lain yang hendak dibuat atau ditumpukan. Rakyat juga telah merasa bosan dan muak dengan PRK kerana ia bukan sahaja satu pembazirkan wang rakyat malah rakyat juga tidak sukakan suasana yang kurang kondusif yang wujud setiap kali PRK diadakan.
Cukuplah sekadar dengan apa yang sedang dihidangkan oleh 'pemain-pemain' politik sekarang yang menggunakan apa sahaja kesempatan untuk berpolitik 365 hari x 24 jam sehari, satu perbuatan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.
Oleh sebab itu, Undang- Undang Pilihan Raya perlu disemak semula misalnya, PRK tidak akan diadakan jika berlaku kekosongan di kawasan Parlimen dan negeri atas apa jua sebab dua tahun selepas tarikh terakhir PRU diadakan.

WMRAMLI
Ulu Klang, Selangor

Sumber :Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...