Saturday, February 26, 2011

Hadi: PAS mampu buat kejutan di Kerdau


NONEPresidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tidak mustahil calon PAS menang kerana generasi muda, termasuk di Felda semakin bermaklumat dan sedar.

Bagaimanapun katanya ia bukannya kerja mudah kerana BN menggunakan segala media dan jentera kerajaan untuk mempertahankan kerusi tersebut.

PAS mempertaruhkan harapannya kepada calonnya, Hassanuddin Salim yang juga merupakan calon parati itu dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanuddin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.

NONEKetika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon di Kerdau, Abdul Hadi memberi jaminan bahawa PAS tidak menyerang peribadi calon bn BN dan isu ijazah calon BN didakwa mungkin ditimbulkan Umno sendiri.

Ditanya tentang undi Melayu yang masih memihak pada BN, Abdul Hadi berkata ia bergantung pada maklumat yang diterimanya, bukan faktor bangsa.

'BN terperangkap'

Sementara itu, Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Beliau mendakwa, BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

"Media serang saya, BN serang saya, saya fikir mereka dah masuk perangkap," katanya sambil ketawa kecil.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata parti itu memilih Hassanuddin kerana beliau merupakan anak tempatan dan berjaya menurunkan majoriti BN sebelum ini.

NONESementara itu di Merlimau, timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa berkata kempen parti itu akan merupakan gabungan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Malah, katanya, ini merupakan satu peluang untuk jentara Pakatan Rakyat dan PAS mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Di Merlimau, calon PAS Yuhaizad Abdullah akan berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad, yang merupakan ahli jawatankuasa Umno bahagian Jasin.

Manakala bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, yang berada di Merlimau sejak semalam, berpendapat bahawa situasi di Merlimau adalah lebih positif daripada DUN Tenang di mana PAS tewas dalam pilihan raya kecil di situ.

"Saya berada di kawasan pedalaman Melayu malam tadi dan soalan yang mereka tanya kepada saya adalah mengenai isu pusat, jadi itu baik untuk Pakatan," tambahnya.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...