Monday, February 28, 2011

Pengarah SPR Pahang meninggal dunia akibat serangan jantung

TEMERLOH: Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh pada kira-kira jam 3.16 petang tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham, 57, dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada kira-kira jam 7 pagi selepas mengadu sakit pada bahagian dada.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Serdang, Selangor untuk mendapat rawatan lanjut tetapi dalamperjalanan di Lebuh Raya Karak, doktor yang berada bersamanya menasihatkan supaya beliau dibawa semula ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh keranakeadaannya yang tidak stabil.

"Kita terkejut dan bersedih dengan keadaan ini serta bersimpati terhadap keluarga Allahyarham.

"Sejak berkhidmat dengan SPR sejak lebih 20 tahun lalu, Allahyarham adalah seorang yang berdedikasi dan kita sangat merasa kehilangan seorang keluarga SPR yang berpengalaman," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, semalam.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Halipah Mat Rashid, 45 dan tujuh anak.
Jenazah akan dikebumikan di FELDA Pancing Timur, Kuantan.

Hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di hospital ialah Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Sumber Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...